Jun 5, 2008

daripadeNYA kite dtg. kepadeNYA kite kembali.

Buat pengetahuan semua , ayah firdaus zulkafli baru meninggal dunia. Al-Fatihah buat arwah. Atas dasar kawan dan sesungguhnya menziarahi orang yg meninggal itu merupakan fardu kifayah , aku , muaz , daos(ban) dan juge anas telah pergi ke ruman firdaus. Setibanya di sana , kami dikejutkan apabila kami ternampak puan pengetua dan juga puan koko,,,(aku lupe name dieorang. huhu). Kemudian , kami pergi ke bwh pokok iaitu tmpat yg paling ideal pada waktu itu kerana cuaca agak panas. Kami berjumpa dengan syahir dan basyir. Kami pon bertanye ape2 yg ptot kepada mereka. Barulah kami tau bhwe ayah Firdaus meninggal kerana penyakit paru-paru berair. Tibe-tibe muaz mengajak kami melihat jenazah yang sedang dikafankan. Despite keadaan mase tu yg bersesak-sesak , kiteorang still manage to see proses pengkafanan itu. Aku berase sungguh insaf pada waktu itu.

Setelah keadaan bertambah sesak , kami mule mengundurkan diri. bukan nk balek. tapi aku nk pegi pasang side mirror moto aku. side mirror moto aku kan kene curik. kiteorang pon pg la kedai moto kat matahari heights. setelah proses memasang side mirror selesai , kami bergegas ke rumah firdaus kerana ingin turut serta meyembahyangkan jenazah. Namun hasrat kami musnah kerana setibanya kami di sana , kami lihat orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke tanah perkuburan.

Sedarlah kami pada ketika itu bhwe kami telah terlambat. Kami pon pergila ke tanah perkuburan. Sampai-sampai je , kami lihat talkin akan dimulakan. Kami mule mengambil tempat di bwh khemah utk turut menyertai talkin tersebut. Pak imam pon mulelah menjalankan tugas beliau. mse dga talkin tu , seram sejuk aku dibuatnye. insaf gile aku. Sedang pak imam membace talkin , salah seorang wanita yang berdiri tibe2 macam pitam. aku dan muaz bangun utk memberikan ruang supaye wanita itu dpt duduk.

Selesai talkin , kami bersalam2 dgn firdaus dan memintanya agar bersabar. Firdaus mule mengeluarkan air matenye yang aku rase dah lame die simpan. aku mane bley tgok owg nanges ni. otomatik aku pon berase ingin menangis. aku pon mule la pndg2 tmpt len , pndg blkg utk cover air mate yang ingin keluar.

Kepada Firdaus , aku berharap kau bnyak bersabar. Jangan putus asa. Jadikan ini satu sebab utk ko berjaye dgn lebih cemerlang mase spm nnti. Kepada semua , marilah kite sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah Firdaus. Al-Fatihah.

No comments: